Followers

Friday 4 May 2012

Hukum Puasa Ganti digabungkan dengan Puasa Sunat Syawal





Hukum Puasa Ganti digabungkan dengan Puasa Sunat Syawal


Mak aku kan bila nak puasa sunat syawal je mesti die puasa ganti dulu.. 
Dah habes ganti baru buat puasa sunat..
Katanye sudahkan yang wajib dulu, baru buat yang sunat..
Yang wajib kalau tak sempat buat, beban buat kita.. Tapi kalau yang sunat,
 tak sempat buat takde pape kesan.. Kalau buat, dapat pahala..

Tapi aku tengok ada je orang yang puasa sunat syawal dan ganti sekali.. 
So aku google2 la...
Jumpe la info ni..
Saja nak share ngan uols..


Saya wanita yang masih berhaidh. Pada bulan Ramadhan lalu saya meninggalkan 
puasa beberapa hari disebabkan haidh. Timbul persoalan dalam benak saya 
bagaimanakah ingin menyelesaikan puasa qadha tersebut disamping mahu merebut
 fadhilat puasa Syawal.Jadi disini saya ingin bertanya apakah hokum
 menggabungkan puasa ganti/qadha dengan puasa sunat Syawal?
Solehah
JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa
 sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.
Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita
 kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:

.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل 

حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun,
 maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas 
mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan
 mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut amalannya
 mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang atau kemampuan seseorang.


Jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30 hari, 20 hari atau
 berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai
 contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. 
Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu .
 Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding 
Qadha (sepanjang tahun).Ini adalah pendapat sebahagian ulama’.

Namun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang
 yaitu 10 bulan lagi, kita tetap tidak pasti adakah kita sempat 
menggantikannya atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya yang
 wajib ke atasnya sedangkan sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti 
bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya 
tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang
 masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala 
sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak 
melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia 
beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.
." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan
 tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
 Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang
' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai 
tambahan pahala.

Gabung Puasa Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular,
 pandangan ulama’ adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu
 (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya.
 Ini kerana tiada dalil yang khusus membuktikan Nabi SAW pernah 
melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya
 ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan
 para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang 
mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan
 Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa
 amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib
 atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak
 berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat
 tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti 
mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

2. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan
 hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan 
Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya yaitu tidak menggabungkan
 kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan,
 tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

3. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti)
 maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh
 merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya 
mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu
 dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa
 tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal
 ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi
 ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam 
Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

4. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh
 ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib 
al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan
 oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada
 asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan
6 hari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr
 (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

5. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa
 Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum 
lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian 

barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang
 apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting,
 tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, 
(Rujuk Al-umm, hlm 78). Jadi jika seorang
 meniatkan puasanya dengan menggabungkan dua puasa tersebut, sudah
 pasti dia akan mendapat ganjaran dari Allah seperti mana ia niatkan.

Kesimpulan

Elok jika tidak digabungkan dan elok didahulukan yang wajib (qadha)
 daripada sunat (syawwal).Tetapi ada juga pendapat ulama’ yang 
mengatakan elok didahulukan puasa sunat Syawal.

Sementara di sana ada pandangan yang boleh dianggap sebagai rukhsah/keringanan
 bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu
 untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk 
menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie
 (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam 
online.net dan beberapa ulama’ lain.

Wallahu ‘Aklam.
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة .......

Boleh rujuk SINI ye..

No comments:

Post a Comment