Followers

Monday, 30 April 2012

SEBAB LELAKI BUNCIT





Sebab Lelaki Buncit: Ketahui Punca Sebenar Lelaki Buncit
Assalamualaikum..
Selalunya orang akan cakap, kalau dah kahwin, memang xsah kalau “badan tak naik”
...
Namun begitu, fikiran masyarakat kita menyatakan istilah “badan naik” itu kerana selepas kahwin, makan minum suami dijaga dengan baik
... Er....(ye ke??)
Kali ini, edisi siasat versi Aried akan menjelaskan secara simple...(kalau details sgt kan xpham lak)heheheh...
Para pengkaji mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.
Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman
dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks
tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai,
mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyaikulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan
bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir
sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat
pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah,
kurang mood dan selalu tertekan, huhuhu

AKIBAT HISAP ROKOK ,, DAHSYATNYA


\








Lelaki Mati Pucuk Sebab Hisap Rokok | Bersediakah Anda Jika Suami atau Boyfriend Anda Hisap Rokok
NEW YORK: Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk, kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporan.
Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere, Dr Rahman Shiri berkata bagi bekas perokok, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.
“Tabiat merokok kerap dikaitkan dengan mati pucuk dan penghisap menghadapi risiko 50 peratus lebih besar bagi kegagalan fungsi ereksi, berbanding mereka yang tidak merokok,” kata laporan yang disiarkan jurnal ‘Urology’.
Bagaimanapun katanya, mekanisme mengenai bagaimana tabiat merokok menyumbang kepada masalah mati pucuk belum dapat dijelaskan sepenuhnya.
“Ia mungkin melemahkan pengaliran darah ke zakar, mengganggu fungsi nitrik oksida yang penting untuk rangsangan atau menyebabkan saluran darah ke jantung menjadi tegang, antara punca yang diketahui sebagai penyebab mati pucuk,” katanya.
Untuk mengenal pasti perkara itu, penyelidik menjalankan kajian terhadap 1,368 lelaki berusia antara 50, 60 dan 70 tahun yang melengkapkan tiga soal selidik setiap lima tahun dari 1994 hingga 2004.
Hasil kajian mendapati lelaki yang menghisap rokok pada 1994 dan menghadapi penyakit pembuluh darah selepas itu mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mati pucukberbanding lelaki yang tidak merokok.
Bagaimanapun penghisap rokok yang tidak menghidap penyakit pembuluh darah tidak menghadapi risiko besar kegagalan ereksi.
Lelaki yang melaporkan mereka mengalami mati pucuk pada 1994 dan juga bekas perokok, menghadapi risiko 50 peratus untuk menghidap penyakit pembuluh darah berbanding mereka tidak merokok dan tidak mati pucuk pada permulaan kajian.
“Kajian mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk yang berpunca daripada penyakit pembuluh darah. Mati pucuk juga boleh dianggap sebagai tanda awal penyakit pembuluh darah,” lapor pengkaji itu. – Reuters
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucukakan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda. 
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.




Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.

Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok. 
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan. 
Berhenti merokok – Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda. 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai. 
Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa

Infoline berhenti merokok
03-8883 4400

TANDA-TANDA AJAL BAKAL MENJEMPU


Tanda- Bakal Menjemput | Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian Anda

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar.
Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup Tanda-tanda Ajal Bakal Menjemput | Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian Anda
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…

Wednesday, 25 April 2012

BALASAN ALLAH S.W.T KEPADA ORANG YANG MENGHINA ISLAM , ALQURAN DAN PERIBADI RASULLULAH S.A.W


Balasan Allah SWT Terhadap Orang Yang Menghina Islam dan Peribadi Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Perjuangan Rasulullah SAW  berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Terutama sekali tentangan dari kafir Quraisy Makkah. Lebih mengharukan apabila Rasulullah SAW  turut dibenci dan dimusuhi bapa saudaranya sendiri Abu Lahab.

Walhal sebelum itu Abu Lahab tidak pernah memarahi atau membenci Nabi SAW.  Bahkan hubungan kekeluargaan sangat erat, perkahwinan dua anak lelakinya Utbah dan Utaibah dengan dua orang puteri baginda iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum.

Tetepi selepas baginda SAW  diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang baginda. Dia juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.

Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah SAW. "Wahai Muhammad! Aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."

Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah SAW. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah SWT. Allah SWT memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Suatu masa , Utaibah mengikut satu kafilah dagang yang hendak pergi berniaga ke negeri Syam (Syria) . Ditengah perjalanan rombongan itu terserempak dengan seekor harimau yang sangat besar.

Sangat menghairankan kerana harimau itu hanya merenung ke arah Utaibah seorang. Ia seperti tidak menghiraukan peserta kafilah yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan Utaibah terselamat daripada di ganggu oleh harimau tersebut.

Tetapi harimau itu tidak lari jauh. Tanpa disedari semua peserta rombongan, rupa-rupanya mereka sedang di ekori. Sampai menjelang tengah malam semasa rombongan berhenti rehat, harimau itu masih memerhatikan mangsanya.

Apabial semua peserta rombongan sudah lena dalam keletihan masing-masing, haiwan pemangsa itu pun menyerang Utaibah dan membahamnya, dia tidak sempat hendak menyelamatkan dirinya di tengah-tengah malam yang gelap gelita.

Demikianlah balasan Allah kepada orang yang derhaka. Utaibah bukan sahaja tidak mahu beriman, bahkan dia turut menghina Rasulullah SAW. Akhirnya Allah SWT pun membalas kejahatan Utaibah didunia ini lagi sebelum membalasnya di akhirat.

Berdasarkan kisah ini pengajaran yang boleh kita dapati adalah seperti berikut :

1. Allah SWT akan membalas dan mendatangkan musibah kepada mereka yang terang-terang menentang Islam atau membenci  sunah Rasulullah SAW. Samaada balasan itu datang semasa di dunia lagi atau dibalas oleh Allah SWT di hari akhirat. Menolak Islam dan menghina sunah sebenarnya adalah mencabar kekuasaan Allah SWT dan menghina Nabi SAW. Ramai umat-umat terdahulu dibinasakan oleh Allah SWT kerana mereka menentang ajaran yang dibawa oleh para Rasul utusan Allah SWT.

2. Allah SWT Maha Berkuasa boleh mendatangkan apa sahaja bala kepada mereka yang menderhaka kepada-Nya samaada berupa haiwan yang ganas, air banjir, ribut taufat dan tsunami , yang mana manusia tidak akan mampu menghalang kemurkaan Allah SWT. Oleh itu perlulah kita insaf dan sedar dan kembali mentaati Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya semoga terselamat daripada azab Allah SWT di dunia ini.

3. Sebagai seorang mukimin yang beriman dan bertakwa kita perlulah bersabar dengan apa sahaja ujian yang di berikan oleh Allah SWT kerana kerana ujian itu terdapat hikmah yang kita tidak ketahui. Dengan ujian dan bala yang menimpa mungkin Allah SWT hendak menghapuskan dosa-dosa kita dan memberikan pahala yang besar kepada kita.

4. Allah SWT amat benci sifat sombong dan takbur yang dimiliki oleh manusia, kerana sifat sombong adalah pakaian Allah SWT dan Dia akan azab sesiapa sahaja yang  cuba meniru sifat ini .
 
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menginsafkan diri kita dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita dapati ada dikalangan umat Islam yang cuba mempertikaikan sunah Rasulullah SAW, menolak hadis sebagai sumber hukum, menentang hukum hudud, menghina ulama (ulama adalah pewaris Nabi), berleluasa perbuatan maksiat dan ramai anak-anak luar nikah. Kita khuatir jika umat Islam yang derhaka tidak kembali kepada ajaran Islam, Allah SWT akan menurunkan bala, dan jika bala turun semua umat Islam akan menanggung azabnya samaada mereka yang beriman atau derhaka.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan Kami musnahkan sampai ke akar-akar orang-orang  yang mendustakan ayat-ayat Kami. Mereka bukanlah orang yang beriman." (Surah al-A'raf ayat 72)


Pada 10 September lepas, Paderi Terry Jones dari the Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat telah merancang suatu program untuk membakar al-Quran sebagai memperingati tragedi 11 September 2001.
Kebanyakan media massa, laman web, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) meluahkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan paderi tersebut.
Memang patut perkara ini menjadi isu besar bagi mana-mana individu yang beragama Islam di seluruh dunia kerana ianya merupakan satu penghinaan terhadap al-Quran.
Tetapi dalam keadaan yang sama, sedarkah kita bahawa kebanyakan individu Muslim juga menghina al-Quran.
Saya lontarkan beberapa persoalan di bawah :
  1. Rumah anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran.
  2. Berapa banyak bilangan mushaf di rumah anda?
  3. Adakah Mushaf anda kelihatan masih seperti keadaan asal?
SOALAN PERTAMA
Jika anda menjawap soalan tersebut dengan jawapan ya. Alhamdulillah, anda mungkin terlepas dari golongan yang BOLEH DIKATAKAN menghina al-Quran.
Mengapa? Adakah salah jika saya menyatakan bahawa individu yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya 1 mushaf al-Quran dirumahnya adalah individu yang menghina al-Quran?
Bukanlah maksud saya menghina di sini adalah seperti apa yang dicadangkan oleh Paderi Terry Jones. Namun, adakah layak anda digelar Muslim jika tidak mempunyai sebarang mushaf al-Quran di rumah?
Paling tidak pun, mushaf yang diberi semasa hantaran perkahwinan (trend zaman moden).
SOALAN KEDUA
Al Quran Cantik 300x225
Soalan ini pula adalah rentetan daripada persoalan pertama. Alhamdulillah, jika anda mempunyai lebih dari 1 mushaf al-Quran di rumah. Maka, sudah pasti anda seorang yang prihatin terhadap al-Quran.
Katakan jika isi rumah anda adalah seramai 3 orang. Setiap seorang mempunyai al-Quran mereka sendiri (tidak termasuk Muqaddam dan buku Iqra’).
Betapa cantik dan indahnya sekiranya setiap isi rumah mempunyai mushaf tersendiri.
Tidakkah anda merasa malu jika hanya berkongsi sebuah mushaf al-Quran dengan isi rumah seramai 13 orang??? Sedangkan setiap isi rumah mempunyai sebuah kereta dan komputer peribadi sendiri???
Kini, ramai yang mempunyai hobi suka mengumpul koleksi mushaf al-Quran. Bagus jika ianya digunakan dan dibaca.
Apa yang mendukacitakan ialah mushaf al-Quran tersebut hanya sekadar koleksi hiasan dan pameran sahaja di rumah. Bukan untuk dibaca…!!
SOALAN KETIGA
Usang
Soalan ini juga mempunyai kaitan terhadap soalan sebelum ini. Bagus dan tahniah diucapkan jika anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran di rumah.
Begitu juga tahniah dan syabas diucapkan kepada golongan yang mempunyai yang mempunyai bilangan mushaf yang banyak di rumahnya.
Namun, persoalan yang lebih penting dan kemuncak kepada ketiga-tiga pertanyaan ini adalah jawapan kepada soalan ketiga ini.
Jika anda menjawab bahawa mushaf yang kepunyaan anda di rumah sudah lusuh dan “kembang” (bukan sebab kembang kerana terkena air hujan). Maka, saya yakin dan percaya, anda pasti membaca sekurang-kurangnya 5 kali sehari mushaf tersebut (dengan andaian sehelai setiap kali selepas solat 5 waktu).
Mushaf al-Quran yang selalu dibaca dan digunakan akan mempunyai tanda dan kesannya. Janganlah anda berlagak mengatakan “saya banyak baca al-Quran” sedangkan mushaf al-Quran yang anda pegang dan gunakan seolah-olah baru sahaja dibeli semalam.
Kadang-kadang, saya merasa sedih dan dukacita melihat mushaf al-Quran yang diwaqafkan di masjid-masjid dan surau-surau kerana ianya tidak mempunyai langsung tanda-tanda digunakan.
Sekiranya individu yang mewaqafkan mushaf tersebut mengetahuinya. Sudah pasti beliau akan mewaqafkan mushaf tersebut ke masjid-masjid dan surau-surau yang lebih memerlukan.
KESIMPULAN
Jangan berbangga dan bermegah-megah dengan mushaf yang banyak di rumah. Boleh jadi, ianya merupakan 1 penghinaan terhadap al-Quran.
Seperti yang saya katakan tadi. Kadang-kadang kita terlebih emosi melihat tindakan kuffar dan golongan yang benci terhadap Islam. Namun dalam keadaan yang sama, kita sendiri tidak sedar bahawa kita menghina al-Quran.

Monday, 23 April 2012

KEWAJIPAN BERMAZHAB


KEWAJIBAN BERMAZHAB

- Manusia dalam masalah furu' (al ahkam asy Syar'iyyah) terbagi kepada dua:
1. Mujtahid
2. Muqallid الأنبياء: ٧، النحل:43

التقليد هو: اتباع قول إنسان دون معرفة الحجة على صحة ذلك القول وإن توفرت معرفة الحجة على صحة التقليد نفسه (اللامذهبية، ص69)

- Perkara yang disepakati, 3 hal:
1. Tidak ada kemestian bagi seorang yang bertaqlid terhadap sebuah mazhab untuk terus dalam mazhabnya.
2. Seorang yang bertaqlid terhadap sebuah mazhab, lalu nyata baginya sebuah masalah dengan dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah tersebut baik dari Al Quran maupun As Sunah dan dia faham metode ijtihad, wajib baginya untuk berlepas dari mazhab imamnya dan haram baginya untuk bertaqlid sejauh kemampuannya dalam berijtihad. (Ijtihad dan Taqlid itu yatajazza').
3. Keempat-empat imam mazhab berada dalam kebenaran. Dengan makna: ijtihad mereka menjadikan mereka mendapat ampunan dari Allah Swt, selama ia tidak pasti apa yang dikehendaki oleh Allah dalam masalah-masalah ijtihadiyah tersebut. Maka kewajiban baginya adalah menempuh jalan yang disampaikan oleh ijtihadnya.

- Dalil-dalil kewajiban taqlid bagi orang-orang yang belum mencapai derajat ijtihad:
1. Dari Al Quran: 
a. Firman Allah Swt: الأنبياء: ٧، النحل:43
b. Firman Allah swt: التوبة: ١٢٢

2. Ijma' para sahabat radhiyallahu 'anhum.
Para sahabat berbeda dalam tingkatan ilmu mereka. Tidak semua mereka mampu berijtihad. Sebahagian mereka ada yang mufti/mujtahid dan jumlah mereka sedikit. Sebahagian yang lain adalah mustafti/muqallid dan inilah kebanyakan mereka.
Berkata Imam Al Ghazaly dalam Al Mustashfa:
ونستدل على ذلك بمسلكين: أحدهما إجماع الصحابة فإنهم كانوا يفتون العوام ولا يأمرونهم بنيل درجة الاجتهاد وذلك معلوم على الضرورة والتواتر من علمائهم وعوامهم. 
(المستصفى في علم الأصول، تأليف: محمد بن محمد الغزالي أبو حامد، 1/372، دار الكتب العلمية - بيروت - 1413، الطبعة: الأولى، تحقيق: محمد عبد السلام عبد الشافي) 

3. Dalil 'Aqli: Sekiranya setiap orang diwajibkan untuk berijtihad niscaya akan hancurlah dunia ini karena tidak ada yang memperhatikan pertanian, kedokteran danseterusnya. Karena itu setiap orang awam maupun orang yang alim namun belum mencapai derajat istinbat dan ijtihad, tidak ada pilihan bagi mereka selain bertaqlid kepada mujtahid.

Berkata imam Syathibi:
فتاوي المجتهدين بالنسبة إلى العوام كالأدلة الشرعية بالنسبة إلى المجتهدين. 
(الموافقات في أصول الفقه، تأليف: إبراهيم بن موسى اللخمي الغرناطي المالكي، 4/292، دار النشر: دار المعرفة - بيروت، تحقيق: عبد الله دراز)

- Iltizamnya seorang muqallid terhadap sebuah mazhab tidak dilarang, sebagaimana I'tiqad seorang muqallid harus mengikuti mazhabnya dan tidak boleh berpaling kepada mazhab yang lain juga dilarang.

Demikian pula I'tiqad seseorang harus iltizam ganti mazhab setiap hari atau dari satu waktu kewaktu yang lain juga salah. Hal ini berdasarkan beberapa dalil:
1. Tidak ada dalil yang mengharuskan seseorang harus iltizam dengan satu mazhab, atau harus ganti-ganti mazhab. Sabda Rasulullah saw:
عن عَائِشَةَ قالت قال رسول اللَّهِ  كُلُّ شَرْطٍ ليس في كِتَابِ اللَّهِ عز وجل فَهُوَ مَرْدُودٌ وَإِنِ اشْتَرَطُوا مِائَةَ مَرَّةٍ (رواه أحمد والشيخان والبزار والطبراني)

2. Qiyas kepada qiraat mutawatirah dari Rasulullah saw. Tidak ada kemestian keatas setiap muslim untuk membaca setiap hari dengan qiraat yang baru.

3. Masa Sahabat dan tabi'in telah berlalu. Namun tidak diriwayatkan adanya larangan dari seorang imam pun yang melarang seseorang yang telah bertaqlid dengan seorang imam harus terus ikut imam mazhabnya tersebut. Sebagaimana tidak ada juga yang memerintahkan seorang muqallid agar berpindah-pindah mazhab, atau agar mengikuti setiap mazhab dalam waktu yang berbeda. 

Bahkan kenyataannya: setiap khalifah mengumumkan imam yang diangkat untuk menjadi mufti. Seperti 'Atha bin Abi Rabah dan Mujahid yang menjadi mufti di Mekkah hingga beberapa waktu. Dan tidak ada yang memungkirinya. Penduduk Iraq hingga beberapa waktu hidup dalam mazhab Abdullah bin Mas'ud, sebagaimana penduduk Hijjaz bermazhab dengan Abdullah bin Umar.

Berkata Syamsuddin Adz Dzahaby:
((الفقهاء المالكية على خير واتباع وفضل إن سلم قضاتهم ومفتوهم من التسرع في الدماء والتكفير.....
الفقهاء الحنفية أولو التدقيق والرأي والذكاء والخير من مثلهم إن سلمو من التحيل والحيل على الربا وإبطال الزكاة....
الفقهاء الشافعية أكيس الناس وأعلم من غيرهم بالدين فأس مذهبهم مبني على اتباع الأحاديث المتصلة وإمامهم من رؤوس أصحاب الحديث ومناقبه جمة فإن حصلت يا فلان مذهبه لتدين الله به وتدفع عن نفسك الجهل فأنت بخير...
وأما الحنابلة فعندهم علوم نافعة وفيهم دين في الجملة ولهم قلة حظ في الدنيا والجهال يتكلمون في عقيدتهم ويرمونهم بالتجسيم وبأنه يلزمهم وهم بريئون من ذلك إلا ا لنادر والله يغفر لهم...))
(زغل العلم والطلب، تأليف: شمس الدين الذهبي،33-39)

(( فلا تعتقد أن مذهبك أفضل المذاهب وأحبها إلى الله تعالى فإنك لا دليل لك على ذلك ولا لمخالفك أيضا بل الأئمة رضي الله عنهم على خير كثير ولهم في صوابهم أجران على كل مسألة وفي خطئهم أجر على كل مسألة))
(زغل العلم والطلب، 35)

- Kapan kemestian kita untuk berhenti dari bertaqlid terhadap sebuah mazhab dan seorang imam?
Ada dua kondisi yang haram bagi seorang muqallid untuk terus mengikuti mazhab imamnya:

1. Jika ia mampu mengetahui sebuah permasalahan dengan berbagai macam dalilnya dan metode istinbatnya.

2. Jika ia mendapatkan sebuah hadits yang bertentangan dengan mazhab imamnya. Dan ia telah tahu pasti kesahihan hadits tersebut dan kesahihan dalalahnya hadits tersebut terhadap sebuah hukum. Hal ini karena semua imam mewasiatkan para pengikut dan sahabat2nya agar mengambil hadits dan meninggalkan mazhabnya jika kedapatan bertentangan dengan hadits yang shahih dan dalalahnya yang sudah pasti. Namun untuk mengatahui hal ini dibutuhkan banyak syarat.

- Dampak jika semua muslim terjerumus dalam pemikiran tidak wajib bermazhab:
Sama seperti orang yang ingin berobat, ingin membangun bangunan, ingin membuat mesin, tanpa bertanya kepada yang ahli dibidangnya seperti dokter, arsitek dan ahli mekanik.

Perlukah Umat Islam Bermazhab? (mempertanyakan kewajiban bermazhab)

BAB I
PENDAHULUAN
Kehidupan seorang muslim tak pernah lepas dari nilai ibadah jika diniatkan untuk Allah, dalam implementasi setiap apa yang ia kerjakan tak pernah luput dari tatanan yang diatur dalam Al-Qur’an dan As-sunnah yang disampaikan oleh Rasulullah baik secara lisan, tulisan, perbuatan, dan keputusan-keputusan yang muncul melalui cara berijtihad beliau.
Islam setelah masa Rasulullah telah berkembang ke berbagai belahan dunia dengan karakteristik daerah yang berbeda-beda. Dalam perkembangannya banyak bermunculan ulama-ulama yang membantu tersebarnya agama Islam. Namun hal tersebut juga berakibat pada perbedaan pendapat yang muncul dikalangan ulama itu sendiri.
Pada taraf ulama tersebut tidak pernah terjadi klaim merekalah yang paling mempunyai kredibilitas yang terbaik. Mereka saling menghormati adanya perbedaan tersebut karena metode-metode yang mereka pakaipun berbeda.
Tapi, pada beberapa abad terakhir terjadilah klaim para pengikut ulama mazhab bahwa apa yang diajarkan oleh ulama utama mereka yang paling benar sesuai dengan Syariat yang digariskan Allah dan yang lebih parah lagi para pengikut ini saling menjelek-jelekkan satu dengan lainnya, padahal apa yang disampaikan oleh Ulama mereka belum tentu adalah yang paling benar walaupun melalui kajian yang amat rumit.
Dari perang urat saraf inilah, bagaimana sikap kita sebagai umat muslim di masa modern ini dituntut untuk kembali mengkaji apa sebenarnya pokok permasalahan yang mendasari adanya perbedaan tersebut.
Semoga dengan pembahasan ini akan membuka pintu hati kita untuk lebih sabar, menghormati orang lain, toleransi dan lebih serius untuk kembali membuka khazanah keilmuan Islam.

BAB II
APAKAH ITU MAZHAB?
Mazhab menurut bahasa Arab adalah isim makan (kata benda keterangan tempat) dari akar kata dzahab (pergi). Jadi, mazhab itu secara bahasa artinya, “tempat pergi”, yaitu jalan (ath-tharîq).
Sedangkan menurut istilah ushul fiqih, mazhab adalah kumpulan pendapat mujtahid yang berupa hukum-hukum Islam, yang digali dari dalil-dalil syariat yang rinci serta berbagai kaidah (qawâ’id) dan landasan (ushûl) yang mendasari pendapat tersebut, yang saling terkait satu sama lain sehingga menjadi satu kesatuan yang utuh. Menurut Muhammad Husain Abdullah, istilah mazhab mencakup dua hal: (1) sekumpulan hukum-hukum Islam yang digali seorang imam mujtahid; (2) ushul fikih yang menjadi jalan (tharîq) yang ditempuh mujtahid itu untuk menggali hukum-hukum Islam dari dalil-dalilnya yang rinci.
Dengan demikian, kendatipun mazhab itu manifestasinya berupa hukum-hukum syariat (fikih), harus dipahami bahwa mazhab itu sesungguhnya juga mencakup ushul fikih yang menjadi metode penggalian (tharîqah al-istinbâth) untuk melahirkan hukum-hukum tersebut. Artinya, jika kita mengatakan mazhab Syafi’i, itu artinya adalah, fikih dan ushul fikih menurut Imam Syafi’i.
Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani menegaskan dua unsur mazhab ini dengan berkata, “Setiap mazhab dari berbagai mazhab yang ada mempunyai metode penggalian (tharîqah al-istinbâth) dan pendapat tertentu dalam hukum-hukum syariat.”
Perlu diketahui bahwa kebanyakan dalil Quran dan sunnah seringkali menyisakan ruang yang memungkinkan orang berbeda pendapat dalam menyimpulkan konklusi hukumnya. Ini adalah fakta yang tidak terbantahkan, bahkan hal itu bukan hanya dialami oleh kita yang sama saja, tetapi juga terjadi di kalangan para sahabat Nabi.
Tidak jarang para sahabat nabi berbeda pendapat dalam mengambil kesimpulan atas dalil yang sama. Apalagi setelah wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat menyebar ke seluruh wilayah. Mereka menemukan begitu banyak fenomena baru yang sebelumnya tidak pernah mereka dapatkan di masa hidup bersama Rasulullah SAW.
Walhasil, meski pernah sama-sama hidup di bawah naungan didikan nabi, namun tidak ada jaminan mereka selalu punya pandangan sama dalam segala hal.
Apalagi mengingat di masa masih hidupnya nabi SAW sekalipun, para sahabat pun ada di antara para sahabat yang utama dan ada di bawah itu dalam hal berijtihad. Ada di antara mereka yang ahli fiqih tapi juga ada yang awam.
Tentunya semua akan melahirkan perbedaan pandangan hukum. Namun demikian, perbedaan itu tidak berarti perpecahan, apalagi persengketaan. Sama sekali bukan. Sebab perbedaan di kalangan para sahabat itu sangat manusiawi.
Ketika seseorang berpendapat, atau ketika seseorang mengikuti pendapat orang lain yang dianggapnya baik, dia sedang bermazhab. Bedanya dengan mereka yang dianggap bermazhab hanyalah pada sumber mazhabnya.
PESAN – PESAN IMAM MAZHAB
Al-Imam Abu Hanifah mengatakan: “Apabila hadits itu shahih maka itulah madzhabku". Beliau juga mengatakan: “Tidak halal bagi siapapun mengikuti perkataan kami bila ia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya.”
Al-Imam Malik mengatakan: “Saya hanyalah seorang manusia biasa, terkadang berbuat salah dan terkadang benar. Oleh karena itu, telitilah pendapatku. Apabila sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah, ambillah; dan sebaliknya apabila tidak sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah.” Beliau juga berkata: “Siapapun orangnya, perkataannya bisa ditolak dan bisa diterima, kecuali hanya Nabi (yang wajib diterima).”
Al-Imam Asy-Syafi’i berkata: “Seluruh kaum muslimin telah sepakat bahwa siapa saja yang secara jelas mengetahui suatu hadits dari Rasulullah, tidak halal baginya meninggalkannya guna mengikuti pendapat seseorang.” Beliau juga berkata: “Bila suatu masalah ada haditsnya yang sah dari Rasulullah menurut ahlul hadits, tetapi pendapatku menyelisihinya, maka pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah aku mati.”
Al-Imam Ahmad berkata: “Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Asy-Syafi’i, Al-Auza’i dan Ats-Tsauri, tetapi ambillah dari sumber yang telah mereka ambil.” Beliau juga berkata: “Barangsiapa yang menolak hadits Rasulullah, berarti dia berada di jurang kehancuran.”
WAJIB BERMAZHAB VS TAK (WAJIB) BERMAZHAB
Melihat tentang pendapat para ulama di atas kita dapat menyimpulkan bahwa ulama mazhab besar tidak mau apa yang mereka ajarkan adalah sesuatu yang paling benar dari yang lainnya.
Bentuk penghormatan atas pendapat orang lain, toleransi atas apa yang dilakukan orang lain telah membawa mereka dalam keharmonisan yang akhirnya harus dirusak oleh para pengikut mereka, orang – orang yang mengaku-aku bahwa apa yang diajarkan oleh alim mazhab mereka adalah yang paling benar, sedangkan alim mazhab tidak pernah ditemukan kewajiban mengikuti mereka.
Terus kemudian mengapa harus ada statement yang muncul untuk adanya kewajiban bermazhab pada mazhab tertentu, apa sebenarnya melatarbelakangi munculnya kewajiban tersebut?.
Orang-orang yang berangkat untuk mewajibkan mengikuti mazhab tertentu adalah mereka yang berangkat dari satu kaidah ushul Fiqh “ Ma la Yatimmu-l-Wajib illa bihi fahuwa wajibun” yang artinya “apa-apa yg mesti ada sebagai perantara untuk mencapai hal yang wajib, maka wajib hukumnya”. Yakni dalam pemahaman bahwa seorang muslim apabila mengerjakan amalan ibadah wajib maka hokum untuk mengikuti salah satu mazhab juga wajib karena mazhab di anggap sebagai perantara untuk melaksanakan ibadah yang wajib tersebut.
Ada pula pendapat tentang hal diatas, pendapat ini berangkat dari pemikiran bahwa imam mazhab telah memiliki metodologi tersendiri dalam membangun mazhab. Dan semua pendapatnya itu berangkat dari metodologi yang telah disusunnya, bukan sekedar pendapat yang bermunculan secara tiba-tiba.
Dengan demikian maka pendapat-pendapat yang bersumber dari satu mazhab tertentu lahir dari sebuah proses yang teratur dan memiliki pola istinbath yang konsisten. Sehingga bila berpindah-pindah mazhab akan mengakibatkan ketidak-konsistenan dalam metodologi. Menurut pendukung pendapat ini, seseorang harus konsisten dalam metodologi mazhab.
Ada juga pendapat tentang pewajiban mengikuti salah satu mazhab untuk kalangan khas yaitu yang tidak berkemampuan dari segi akalnya, seperti bodoh, kurang siuman (tetapi tidak gila), kekacatan dari kesempurnaan akal dan lain-lain. Termasuk juga seseorang yang jauh dari sumber ilmu dan masyarakat Islam seperti orang asli di pendalaman atau siapa saja yang baru memeluk Islam. Juga termasuk kanak-kanak yang baru belajar atau orang yang baru bertaubat. Bagi mereka sewajibnya mengikuti seseorang karena tidak ada jalan lain bagi mereka untuk beribadah yang selamat dari kesesatan atau meninggalkan agama sama sekali.
Adapun pendapat yang tidak mewajibkan bermazhab berlandasan yang jelas dari pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh para ulama mazhab yang secara eksplisit menyebut bahwa pendapat mereka bisa saja berubah jika ada dalil yang lebih kuat dari pendapat mereka. Sebagai penekanan mereka menegaskan bahwa Allah dan Rasulullah tidak pernah mewajibkan umat muslim untuk mengikuti salah satu mazhab.
Maka tidak pada tempatnya bila kita saat ini membuat kotak-kotak sendiri dan mengatakan bahwa setiap orang harus berpegang teguh pada satu pendapat saja dan tidak boleh berpindah mazhab. Bahkan pada hakikatnya, setiap mazhab besar yang ada itupun sering berganti pendapat juga.
Lihatlah bagaimana dahulu Al-Imam Asy-Syafi’i merevisi mazhab qadim-nya dengan mazhab jadid. Bahkan tidak sedikit di antara mereka yang masih menggantungkan pendapat kepada masukan dari orang lain. Misalnya ungkapan paling masyhur dari mereka adalah: Apabila suatu hadits itu shahih, maka menjadi mazhabku.
Itu berarti seorang imam bisa saja tawaqquf atau memberikan peluang berubahnya fatwa bila terbukti ada dalil yang lebih kuat. Maka perubahan pendapat dalam mazhab itu sangat mungkin terjadi. Bila di dalam sebuah mazhab bisa dimungkinkan terjadinya perubahan fatwa, maka hal itu juga bermakna bahwa bisa saja seorang berpindah pendapat dari satu kepada yang lainnya.
Menurut para pendukung pendapat ini, seseorang boleh mengikuti pendapat yang berbeda dari beragam mazhab. Karena tidak ada perintah untuk berpegang tegus kepada satu orang mujtahid saja. Ketika seseorang bermazhab tertentu seperti Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyyah atau pun Al-Hanabilah, maka pada suautu masalah tertentu boleh saja dia tidak sepakat dengan pendapat mazhabnya. Hal seperti itu lazim terjadi dan sama sekali tidak ada larangan.
Allah sendiri tidak pernah mewajibkan seseorang untuk betaqlid pada mujtahid tertentu. Kalaupun ada perintah, maka Allah memerintahkan seseorang untuk bertanya kepada ahli ilmu secara umum.
Pada beberapa tahun yang silam di Jepang, tepatnya di Tokyo diadakan konferensi Islam. Dalam acara itu ada seorang yang menanyakan bagaimana hukumnya bermazhab, apakah wajib bagi seseorang untuk mengikuti salah satu mazhab yang empat. Pada kesempatan itu tampil syaikh Muhammad Sulthan Alma'sumi Al Khajandi, seorang pengajar di Masjidil Haram Makkah. Beliau menyerukan kaum muslimin untuk kembali kepada yang pernah dilakukan oleh umat yang terbaik yaitu para sahabat. Beliau menyeru untuk tidak bertaqlid buta (fanatik) pada salah satu mazhab tertentu. Akan tetapi dipersilahkan mengambil dari tiap mujtahid atau ahli ijtihad dengan berdasarkan pada Alqur'an dan sunnah sebagai rujukan. Sebab sebenarnya mazhab-mazhab adalah pendapat dan pemahaman orang-orang berilmu dalam beberapa masalah. Pendapat, ijtihad dan pemahaman ini tidak diwajibkan oleh Allah dan rasul-Nya untuk mengikutinya. Karena di dalamnya terdapat kemungkinan betul dan salah. Karena tidak ada pendapat yang seratus persen benar kecuali yang berasal dari Rasulullah SAW.
Sementara itu mengikuti salah satu mazhab yang empat atau lainnya bukanlah persoalan wajib atau sunnah. Seorang muslim tidak diharuskan mengikuti salah satunya. Dan bahkan orang yang mengharuskan untuk mengikuti salah satunya sebenarnya ia seorang fanatik.
Lain lagi pendapat Syekh Ramadlan Al Buthi dalam bukunya "Alla Mazhabiyyah , Akhtharu bida'in fil Islam" (Tidak bermazhab adalah bid'ah paling berbahaya dalam Islam). Beliau berpendapat wajib bagi seorang muslim untuk mengikuti salah satu mazhab yang masyhur (mazhab empat). Sebab mazhab-mazhab itu sudah teruji kevalidannya. Namun kendati begitu tidak boleh bagi yang telah mengikuti salah satu mazhab tertentu menyalahkan orang di luar mazhabnya.
Dalam buku tersebut beliau membagi kaum muslimin sekarang menjadi dua golongan. Golongan muttabi' dan golongan muqallid. Orang yang telah faham (mengerti) Alqur'an dan sunnah wajib mengikuti mazhab tertentu sebagai kerangka berfikir, supaya ia tidak jatuh pada kesalahan. Golongan inilah yang disebut muttabi' Sementara orang yang belum faham terhadap Alqur'an dan sunnah diharuskan mengikuti ulama yang dianggap mengerti dalam masalah agama. Golongan yang kedua ini disebut muqallid. Secara implisit beliau meniadakan kelompok yang ketiga, yaitu kelompok mujtahidin. Dengan kata lain beliau menutup pintu ijtihad untuk masa sekarang. Inilah yang kemudian ditentang oleh Muhammad Abu Abbas dalam bukunya "Al mazahibul muta'ashshabah hiyal bid'ah aw bid'atut ta'ashshubi al Mazhabi" Beliau berpendapat justru pintu ijtihad masih terbuka sampai sekarang dengan alasan Nabi telah membuka pintu ijtihad ini dan beliau tidak pernah menutupnya. Karenanya tidak ada seorangpun yang berhak untuk menutup pintu ijtihad tersebut.
Oleh karena itu Muhammad Abu Abbas membagi kaum muslimin pada tiga golongan, yaitu: Mujtahid, muttabi dan muqallid. Bagi mereka yang telah mampu untuk mengetahui dan mengkaji hukum-hukum langsung dari Alqur'an dan Sunnah walaupun hanya dalam masalah tertentu maka haram baginya bertaklid dalam masalah tersebut (golongan mujtahid). Sedangkan bagi mereka yang hanya mampu untuk mengkaji pendapat-pendapat para ulama serta mengetahui metode istinbath (pengambilan hukum) mereka dari Alqur'an dan sunnah maka kewajiban mereka adalah 'ittiba'. Jelasnya ittiba' -mengutip perkataan Abu Syamah- adalah mengikuti pendapat seorang ulama lantaran nyata dalilnya dan shah mazhabnya."
Adapun bagi orang yang betul-betul awam (tidak mengerti dalam masalah agama) BOLEH bagi mereka bertaklid dengan syarat, -sebagaimana dikatakan Imam Asysyatibi dalam ali'tishom- (1) Tidak boleh bertaklid kecuali pada orang yang benar-benar ahli di bidang agama. (2) Tidak boleh mengikat dirinya serta menutup dirinya dari mengikut selain mazhabnya, jika telah jelas padanya bahwa pendapat mazhabnya itu salah, maka wajib baginya mengikuti yang telah jelas kebenarannya.
Pendapat yang terahir inilah yang wasath (pertengahan). Sebab mengharamkan taklid secara mutlak adalah menafikan mereka yang benar-benar awam terhadap agama. Sedangkan mewajibkan taklid dan menutup pintu ijtihad berarti menghilangkan universalitas Islam yang senantiasa relevan dan responsive terhadap perkembangan zaman. Padahal banyak hal-hal baru yang tidak bisa dijawab dan disikapi kecuali dengan ijtihad. Jelasnya setiap orang perlu ditempatkan sesuai dengan kemampuan dan kondisinya.
Berarti fenomena bermadzhab adalah sesuatu yang perlu dilihat berdasarkan kondisi orang per-orang, yang tentunya tidak bisa digeneralisir. Tidak bisa diharuskan secara mutlak dan tidak bisa dilarang secara mutlak pula.
Berkaitan dengan masalah bermazhab ini ada dua hal yang perlu dijauhi oleh setiap muslim:
1. Fanatisme (ta'ashshub) terhadap suatu madzhab tertentu seraya memonopoli kebenaran apalagi jika sampai menimbulkan perpecahan. Sebab setiap orang kecuali nabi memiliki potensi untuk salah, walaupun ia seorang mujtahid. Karenanya Rasul bersabda : "Barang siapa berijtihad dan ia benar maka baginya dua pahala, dan barang siapa berijtihad dan ternyata salah, maka baginya satu pahala."
2. Tatabbu' rukhas atau mencari-cari pendapat para ulama yang paling mudah dan sesuai dengan seleranya. Perilaku seperti ini berarti mempermainkan agama. Sebab ia menggunakan dalih agama untuk memperturutkan hawa nafsunya.
SIKAP MUSLIM TERHADAP MAZHAB
Mazhab yang berkembang saat ini ada 4 mazhab besar, mazhab tersebut telah melewati perjalanan yang cukup panjang sehingga masih eksis sampai saat ini. Keeksisan mazhab-mazhab ini tidak lain dipengaruhi oleh adanya konsistensi para pengikutnya untuk melaksanakan apa yang difatwakan oleh imam mazhab mereka.
Fatwa adalah sebuah pendapat, dan pendapat akan muncul sesuai dengan kemampuan keilmuan dari orang yang mengeluarkan fatwa yang tak lain adalah produk manusia setelah memahami apa yang disampaikan Allah melalui Rasul-Nya. Karena fatwa merupakan produk manusia, maka tidak sepantasnya seorang mengagung-agungkan mazhab yang ia peluk untuk merendahkan mazhab lain yang berseberangan karena produk manusia selalu bersifat relative.
Mazhab merupakan kumpulan pendapat oleh seorang alim untuk mempermudah para muridnya mempelajari Islam. Namun tetap harus digarisbawahi bahwa pendapat manusia adalah selalu bernilai relative tergantung pada tempat dan waktu.
Bagi muslim yang sudah mengerti tentang Islam sekali lagi dengan penegasan tak pelak untuk melakukan pemaksaan mengikuti salah satu mazhab, namun bagi muslim pemula maka demi kemudahan dan kemaslahatan di kemudian hari maka diperbolehkan baginya untuk belajar satu mazhab dari beberapa mazhab yang ada dengan catatan tanpa mengenyampingkan adanya mazhab lain yang mungkin pendapatnya berseberangan dengan mazhab yang ia pelajari. Sehingga ketika seorang muslim pemula mau memahami perbedaan yang ada, tidaklah akan timbul fanatisme berlebihan yang bersifat destruktif.

PENUTUP
Mazhab, merupakan kumpulan metode dan hasil pandangan ulama pada hal-hal yang menjadi tuntunan dalam menjalankan ibadah umat Muslim tetapi dengan berbagai cara atau metodologi yang berbeda maka hasil pendapat setiap alim berbeda satu dengan lainnya.
Hal tersebut tidaklah menjadi masalah yang perlu untuk diperdebatkan terlalu panjang karena perdebatan dalam hal ini hanya memecah belah umat Islam, karena ketika kita membandingkan pendapat satu dengan yang lainnya maka titik temu diantara hanya dalam beberapa hal, selainnya banyak pertentangan yang ditemui kemudian.
Bermazhab ataupun tak bermazhab bukanlah sebuah esensi dalam pelaksanaan ibadah. Mazhab adalah sebuah fasilitas bagi seorang muslim yang mempermudah dalam melaksanakan ibadah bagi para pemula. Namun bagi mereka yang telah paham agama, mazhab merupakan sarana untuk diteliti guna kepentingan amaliyah yang ilmiah dengan benrsandar pada dalil yang paling kuat.
Maka, sebagai akademisi sikap yang harus kita ambil adalah mengkaji, membandingkan, serta mengkritisi hasil pemikiran para ulama mazhab yang kemudian kita mengambil mana yang lebih kuat untuk dijadikan panduan pelaksanaan ibadah karena saat ini bukanlah waktu untuk bersengketa mempertahankan yang tidak 100% benar, namun waktu untuk kembali mengkaji mana diantara dalil yang paling kuat untuk dijadikan panduan pelaksanaan ibadah.