Sejarah Panglima-panglima Perang Islam Ahlul-Bait.
Di artikel kali ini marilah kita melihat pula peranan Panglima-Panglima Ahlul-Bait, yang menjaga ketua-ketua mereka dari jatuh ke tangan musuh-musuh Allah. Ini adalah maklumat yang digelapkan oleh musuh-musuh Allah seperti mana mereka menggelapkan sejarah pemerintahan Syarif Yang Dipertuan Kedah Tua Ahlul-Bait di Nusantara, pengelapan dana-dana atau elaun-elaun khas untuk keluarga Ahlul-Bait Nabi S.A.W dan penghapusan Kuliah Fadhilat dari Pengajian Islam yang didalamnya terdapat fadhilat-fadhilat tentang Ahlul-Bait yang semua ini dihilangkan secara halus dan terperinci.
Kesungguhan Panglima-Panglima Ahlul-Bait ini dari kerajaan Moghul Hindi, kerajaan Islam China Tang, Yuan, Ming serta Manchu (yang mana komunis Mao Tse Tung ( 1893-1976 ) menganggap kerajaan-kerajaan ini Budhha Kafir) dan kerajaan Turki Usmaniyyah serta kerajaan Islam dari Panglima Soka atau nama Islamnya Shah Jihan Pertama dari kerajaan Islam Sri Wijaya yang berpusat di Kota Samarahan, Sarawak sejak ribuan tahun yang lalu sungguh menakjubkan.Tapi sekarang jasa-jasa mereka ini di sia-siakan oleh musuh-musuh Allah dengan membuat penulisan palsu tentang kerajaan-kerajaan daerah ini. Kerajaan-kerajaan daerah ini di gelapkan sejarah perhubungan mereka dengan empayar-empayar Ahlul-Bait ini khususnyaEmpayar Islam Melayu Merong Maha Wangsa. Ini kerana bencinya musuh-musuh Allah ini dengan Nabi s.a w. dan ahli keluarga keturunan baginda s.a.w. ini.
BENDERA PUTIH DARI BENDERA NABI S.A.W. SEDANG DIARAK OLEH PANGLIMA-PANGLIMA TURKI MONGGOL, PENJAGA RIBAT DI BLOK SEBELAH BARAT DARI RAJA DAERAH TURKI USMANIYYAH, DI APIT OLEH BENDERA-BENDERA DAERAH KERAJAAN MEREKA
Panglima-Panglima Usmaniyyah merupakan antara pemegang Bendera Putih atau penjaga keluarga nabi S.A.W. di sebelah Barat. Mereka inilah datang untuk menyelamatkan Syarif-Syarif Mekah ketika tentera-tentera Boneka British iaitu Wahabi Saud yang membuat serangan pertama ke atas bumi Hijjaz pada tahun1805 atau 1220 Hijrah. Syaitan-syaitan Wahabi ini telah membunuh orang-orang Islam termasuk kerabat diraja Syarif Mekah sebelum lari tunggang langgang pulang ke Riyadh setelah di kejar oleh Panglima-panglima Ahlul-Bait iaitu tentera Turki Monggol Usmaniyyah.Dalam penulisan moden, kerajaan Turki Usmaniyyah ini di gelar sebagai Khalifah Islam. Ini sebenarnya satu penipuan di dalam penulisan Barat untuk menutup Kekhalifahan Ahlu-Bait Quraisy terutamanya Kekhalifahan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa di Nusantara.
Keberkesanan penipuan musuh-musuh Allah ini begitu ketara sehingga pemerintahan Raja Syed Ali iaitu Gabenor atau Raja Daerah wakil Kedah Tua di negeri Albani atau Australia dapat ditutup dengan begitu rapi sekali. Maka keluarlah penulisan barat yang benua kecil Australia ini dibuka dan dimajukan oleh orang-orang mereka dari Barat.
Sebab itulah apabila Kafir Sukuthai datang melanggar Kota Ayuthia, mereka terus melantik Tak Sin atau Mukhtar Hussin sebagai Maharaja Ayuthia. Ini kerana mereka takut ancaman dari Panglima-Panglima Islam Ahlul-Bait dari negeri China. Ada penulisan mengatakan yang Tak Sin ini seorang lelaki yang murtad. Setelah beliau di lantik sebagai Maharaja Ayuthia, kerana berjaya membantu tentera kafir Sukhuthai menghalau ayah angkatnya iaitu Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1767-1821) dari Benua Siam atau Indo-China yang sebelum ini pernah bersemayam diKota Pagan Myanmar, Kota Ayuthia, Kota Legor dan akhir sekali gugur syahid di Kota Mengkuang, Kedah.
Kemudian tentera kafir ini meminta Mukhtar Husin ini menghantar perwakilan untuk memaklumkan kepada Raja China iaitu Panglima-Panglima Islam penjaga ribat Timur ini yang Khalifah telah mangkat dan penggantinya ialah Mukhtar Husin. Siapa yang mengajar pihak Thai sehingga begitu bijak sekali membuat helah sedemikian, tidak lain dan tidak bukan melainkan syaitan dariCulcutta, iaitu British Empire. Mereka sentiasa memberi dorongan, semangat dan tunjuk ajar kepada puak-puak Nomad Kafir ini agar pemerintahan Ahlul-Bait dapat di musnahkan secara beransur-ansur dari muka bumi ini.
KELIHATAN KEAKRABAN ARAB BADWI ARAB SAUDI, KING ABDULLAH, SAUDARA KING FAHD DENGAN PIHAK BARAT DARI MUSUH-MUSUH ISLAM
Nabi s.a.w. bersabda ” Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi Ahlul-Baitku, maka mereka akan berselisih, kemudian menjadilah mereka dari kelompok Iblis “. Sekarang pihak-pihak musuh Allah sedang membodek Raja Abdullah untuk menghakis kesan-kesan Islam di bumi Arab termasuk keinginan mereka agar kerajaan Saud meruntuhkan Kubah Hijau Makam Nabi S.A.Wdi masjid Nabawi. Semua ini mudah dilakukan bila mereka berjaya meruntuhkan kerajaan Panglima-Panglima Ahlul-Bait Islam Moghul, Delhi di benua Hindi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1858 bila rajanya bernama Abu Zafar Sirajuddin Muhammad Bahadur Shah Zafar atau lebih di kenali sebagai Bahadur Shah Kedua di buang daerah ke Burma atau Myanmar.
Bila bantuan dari kerajaan Moghul Hindi dapat dilumpuhkan terus ke atas orang-orang Melayu berjaya dibuat, kepungan ke kawasan Kota Star mula di rencanakan. Walaupun ada gerakan menyelamat Khalifah-Khalifah Islam Merong Maha Wangsa Ahlul-Bait di buat oleh Panglima-Panglima Islam Manchu China dan sekitarnya seperti kerajaan Majapahit, Minang, Pasaidan lain-lain namun usaha ini gagal dan sia-sia.
Ini kerana Raja Islam Manchu China sibuk dengan ancaman dari kuasa baruJepun selepas diperkasakan oleh negara-negara Barat yang di ketuai oleh si laknat Britain di samping Perancis dan Amerika Syarikat. Di samping itu kerajaan Islam Manchu sibuk dengan ancaman kuasa-kuasa Impearalis Barat yang mula mengerumuninya, sehingga tercetusnya Perang Candu di tahun1839 sehingga tahun 1860 seperti semut mengerumuni gula.
Selepas tentera British bersusah payah bersama Tentera Berikatnya yang terdiri dari Tentera Pemberontak Ahmad Tajudin Almarhum Melaka, Tentera-Tentera Selat dan pasukan Tentera Kafir Buddha Thai mengasak Kekhalifahan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa yang ketika itu berpusat di Kota Star, hasilnya mereka berjaya membunuh Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah di Gurun, Kedah pada tahun 1867.
Selepas tumbangnya Empayar Merong Maha Wangsa ini usaha di teruskan oleh kuasa Imperialis ini sehingga berjaya melenyapkan penguasaan mutlak kawasan laut samudera di wilayah timur ini oleh Kerajaan Melayu Merong Maha Wangsa. Kemudian pada tahun 1910 kerajaan Islam Usmaniyyah pula berjaya di tumbangkan pemberontak iaitu Boneka British yang bernama Kamal Pashaatau Mustafa Kamal Attarturk apabila rajanya Abdul Hamid Khan Kedua di gulingkan dari pemerintahan.
Ini diikuti oleh penawanan Kota Islambul atau Istanbul oleh Tentera British pada tahun-tahun berikutnya. Dan akhirnya pembubaran kerajaan Islam Manchu China di tahun 1911 serta penguasaan total bumi Hijaz di tahun 1924oleh juga Boneka British iaitu kerajaan Saud dari tangan Syarif Husein Ahlul Bait Nabi s.a.w.
Video ini melakarkan gambar-gambar tokoh-tokoh Panglima dari kalangan orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam. Ada di kalangan mereka berjaya menjadi Maharaja, Presiden dan Perdana Menteri ditempat masing-masing seperti Salahuddin al-Ayubi, Napoleon Bonaparte, Ghengis Khan, Khalid al-Walid r.hu dan George Washington.
Tapi bukannya jawatan Khalifah dan Sultan, sebab ianya milik mutlak keluarga keturunan Nabi s.a.w. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar al-Faruq r.hum adalah bapa mertua Nabi s.a.w. hasil pernikahan baginda dengan Aisyahdan Hafsah r.huma. Khalifah Usman r.hu dan Khalifah Ali Karamallahu Wajhah r.hu pula ialah menantu kepada Nabi s.a.w. hasil perkahwinan mereka denganRuqayyah, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahrah r.hun. Manakala Khalifah Muawiyah r.hu ialah ipar Nabi s.a.w melalui perkahwinan baginda s.a.w. dengan Ummu Habibah r.ha.
MAKAM TANGAN PANGLIMA AHLUL-BAIT YANG BERNAMA JAAFAR AT-TAYYAR BIN ABU TALIB R.HU YANG TERPUTUS DIKEDUA-DUANYA UNTUK MEMBELA RASUL S.A.W. YANG KETIKA ITU BERADA DI KOTA MADINAH. BELIAU JUGA MERUPAKAN SEPUPU NABI S.A.W YANG MENENTANG 400,000 TENTERA ROM
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. hendak menghantar Panglima-Panglimanya ke Medan Muktah di Jordan, Nabi s.a.w. telah menghantar rombongan dakwah guna untuk mengajak orang-orang Rom di sana dan orang-orang Badwi Ghassan untuk memeluk agama Islam tetapi puak-puak kafir ini telah membunuh utusan-utusan tersebut.
Di dalam penulisan sejarah mencatatkan ” Baginda s.a.w, telah membuat satubendera putih dan telah menyerahkan bendera itu kepada Panglima Zaid r.hu. Baginda s.a.w. sendiri telah keluar bersama satu kumpulan daripada mereka untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka,” sila rujuk m.s 116 kitab Kisah Sahabat.
Baginda telah melantik tiga orang Panglima untuk peperangan Muktah ini yang di ketuai oleh Panglima Zaid r.hu. Sabda nabi s.a.w ” Sekiranya beliau syahid maka Jaafar bin Abu Talib akan menjadi Amir dan jika beliau juga syahid, Abdullah bin Rawahah akan menjadi Amir. Sekiranya beliau juga syahid maka orang-orang Islam bolehlah melantik sesiapa sahaja mereka suka menjadi Amir.” Seorang Yahudi yang mendengar perbualan itu berkata ketiga-tiga mereka pasti akan syahid. Itulah maksud yang dibawa oleh kata-kata sedemikian daripada para nabi yang terdahulu,” sila rujuk m.s 116 kitab Kisah Sahabat. Benar seperti yang tercatat dalam sejarah. Panglima-Panglima ini bermati-matian berjuang sehingga bendera itu diambil alih oleh Panglima Jaafar Tayyar r.hu setelah Panglima Zaid r.hu gugur mati syahid.
Oleh sebab beliau sebagai Panglima maka beliau perlu membawa bendera itu ke mana saja beliau berada. Sejarah mencatatkan ” Pada mulanya bendera itu berada di tangan kanan. Orang kafir telah memotong tangan kanannya, supaya bendera itu jatuh. Dengan segera beliau telah menyambar bendera itu dengan tangan kiri. mereka telah memotong tangan kirinya juga. Maka beliau telah menahan bendera itu dengan dua lengannya serta menggigitnya kukuh dengan gigi. Seorang kafir telah datang dari belakang lalumenetaknya sehingga beliau terbelah dua. Yang menyebabkan beliau terus jatuh. Pada masa itu umurnya baru tiga puluh tiga tahun. Abdullah bin Umar r.huma berkata selepas itu apabila kami menggangkat mayat Jaafar r.hu daripada mayat-mayat, didapati sembilan puluh liang luka ada di bahagian hadapan badannya,” sila rujuk m.s. 118 kitab Kisah Sahabat.
Beliau mendapat gelaran at-Tayyar dari Nabi s.a.w. iaitu bermaksud Dua Sayap. Iaitu di akhirat kelak hanya beliau seorang sahaja dari ahli syurga yang akan mempunyai dua sayap. Kemudian tugas Panglima Perang di pangku pula oleh Abdullah bin Rawahah r.hu juga gugur syahid sebelum dipilih sebulat suara oleh tentera Islam Khalid bin al-Walid r.hu sebagai Panglima yang mana semua peristiwa itu berlaku semasa Nabi s.a.w masih hidup dan berada di Kota Madinah al-Munawwarah.
Beliau mendapat gelaran at-Tayyar dari Nabi s.a.w. iaitu bermaksud Dua Sayap. Iaitu di akhirat kelak hanya beliau seorang sahaja dari ahli syurga yang akan mempunyai dua sayap. Kemudian tugas Panglima Perang di pangku pula oleh Abdullah bin Rawahah r.hu juga gugur syahid sebelum dipilih sebulat suara oleh tentera Islam Khalid bin al-Walid r.hu sebagai Panglima yang mana semua peristiwa itu berlaku semasa Nabi s.a.w masih hidup dan berada di Kota Madinah al-Munawwarah.
Kitab kajian dan terjemahan ana ini yang berjudul ” Huquq al-Siasah Lil Raiyyah ” yang bermaksud ” Hak-Hak Berpolitik Bagi Rakyat Jelata ” merupakan buku karangan Syeikh Dr. Ahmad al-Iwadi. Ia membincangkan tentang Definisi Hak dan Politik dalam Islam. Di dalam kitab ini ada termaktub Syarat-Syarat menjadi Khalifah dan Ketua Negara dalam Islam. Antaranya ialah :
1. Beragama Islam yang Mukmin.
2. Syarat Bermastautin, iaitu tinggal tetap di kawasan kota pemerintahan berkenaan.
3. Cukup Umur dan Berakal.
4. Lelaki, tidak boleh perempuan walaupun sebagai HAKIM SYARIE.
5. Merdeka dan Bebas, tidak boleh seorang hamba abdi seperti keluarga Saud di Riyadh.
6. Adil, tidak boleh dikenali sebagai pelaku DOSA BESAR ATAU KECIL.
7. Berilmu, iaitu yang faham ilmu selok-belok mengenai Ijtihad.
8. Mampu untuk Melihat, Mendengar dan Boleh Berkata-Kata.
9. Al-Qurasyiyyah, iaitu seseorang yang mesti berdarah keturunan Quraisy.
Semoga Allah s.w.t. memberi kefahaman serta pencerahan kepada kita untuk memahami kehendak Allah dan Rasul s.a.w. di dalam kehidupan seharian kita. Dan memahami sejarah, jalan cerita dan teknik yang digunakan oleh-oleh musuh-musuh guna untuk menjahanamkan kita. Semoga Allah Azza Wajalla menjaga kita, masyarakat kita, anak cucu cicit kita tercinta dan negara kita amnya dari ancaman dan gangguan mereka, aaamin yarabbal aaalamin.
No comments:
Post a Comment