Followers

Friday, 6 April 2012

JANGAN SUKA MENYAMPUK




JANGAN SUKA MENYAMPUK.

Ada suatu hari tu selipar Jepun saya diambil orang selepas Solat Jumaat.  Nasib baik selipar anak saya tak hilang sama. Pada sebelah malamnya saya ceritakan kisah kehilangan selipar ini dengan kawan-kawan di surau.

"Tengahari tadi kan .. selipar aku kena curi kat Masjid Paroi. Aku pun pakai selipar orang lain ..."

Tiba-tiba seorang kawan saya dengan muka yang serius menyampuk tanpa diundang.

"Tu kira curi jugaklah lu .. tak guna awak pergi sembahyang". 

Panas juga cuping telinga saya mendengar komen menyampuk dia sebelum saya sempat habiskan ayat saya.

Sebenarnya saya nak cakap macam ni  ..

"Aku pun pakai selipar orang lain. Bila sampai kat kereta, aku suruh anak aku hantar balik ke tempat aku ambil tadi"

Pengajarannya: Jangan suka menyampuk dan terlalu cepat membuat kesimpulan. Nanti kena hempuk. Ingatan kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment