Pusat
Pendidikan Al-Irshad wujud semenjak 58 tahun lalu di tahun 1950 menumpang di
Bangunan Pengakap (Scout Camp British) Ladang Guthrie Labu untuk kelas mengaji
Quran dan Ilmu Fardhu Ain.
Dihadiahkan
tanah yang sedia ada oleh pengurus ladang Mr Heading untuk pendidikan agama
pada tahun 1958 berikutan bilangan pelajar meningkat hampir 50 orang.
Pada
1960 dua bangunan baru dibina menggantikan pondok dari atap nipah dan buluh
melalui inisiatif kerajaan persekutuan dan dikelola oleh Jabatan Ugama Negeri
Sembilan dan Kerajaan Negeri dirasmikan oleh Tun Abd Razak Husin sebagai
Menteri Pelajaran ketika itu.
Beroperasi
sebagai sekolah menengah rendah agama (tingkatan 1-3) memuatkan 60-120 pelajar
dengan 5 orang guru termasuk guru besar. Dari tahun 1962 hingga 1998 beroperasi
dengan nama Sekolah Menengah Rendah Agama Labu Batu 10.
USTAZAH SHARIFAH NORASHIDA
GURU BESAR SERTAQIA
Program Sekolah Rendah Tahfiz Al-quran Integrasi Al-Irshad kelolaan Pusat Pendidikan Al-Irshad pada
peringkat awal 2011 diwujudkan secara bermusim di musim sekolah dan seterusnya
menjadi agenda harian untuk pelajar Sekolah Agama Rakyat sehinggalah menjelang 2012
kerana permintaan orang ramai sebagai pendidikan awal sebelum memasuki
pendidikan rendah KBSM.SERTAQIA berusha
menyediakan pelajar yang berumur 6 ke 7 tahun yang memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan agama, bangsa dan Negara samaada pengetahuan ilmu
al-quran dan beserta kemahiran teknologi maklumat.
Assalamualaikum .. maaf ganggu ustaz ni saya Muhammad Amir hakim berasal dari kuala Lumpur saya bekas pelajar tahfiz sekolah ustaz ..
ReplyDelete