Followers

Wednesday, 11 April 2012

MOTIVASU HATI


Kata-kata yang baik mampu jadi ubat pada hati yang resah, di sini kami kumpulkan koleksi kata motivasi untuk dijadikan NOTA MOTIVASI khas buat pembaca sekalian :
  • “Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”
  • “Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya, kita tetap akan dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jikaAllah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan mendapatkannya.”
  • ” Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain , tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu . ”
  • “Sebatang pohon cinta yang ditanam harus berakarkan kejujuran. Agar tunas-tunas yang keluar berdaunkan kesetiaan, berbungakan ketulusan. Lalu siramilah ia dengan kasih dan sayangdan dipupuk serta dibaja dengan kepercayaan. InsyaAllah ia akan tumbuh subur.”
  • Mungkin Allah tarik sedikit kenikmatan sedia ada dari kita untuk menguji, Siapa sangka suatu hari nanti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar dari nikmat yang sedia ada untuk kita…..Apa salahnya bersangka baik pada Allah kan ? ♥
  •  Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak berbuat dosa, tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat ♥
  • “Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.”
  • Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
  • “Bila Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga DIA menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU.. Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU.. Semoga Allah memberikan kita yang terbaik dengan segala keindahan hati & ketaqwaan kepadaNya..InsyaAllah.”


No comments:

Post a Comment