Followers

Monday 30 April 2012

AKIBAT HISAP ROKOK ,, DAHSYATNYA


\








Lelaki Mati Pucuk Sebab Hisap Rokok | Bersediakah Anda Jika Suami atau Boyfriend Anda Hisap Rokok
NEW YORK: Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk, kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporan.
Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere, Dr Rahman Shiri berkata bagi bekas perokok, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.
“Tabiat merokok kerap dikaitkan dengan mati pucuk dan penghisap menghadapi risiko 50 peratus lebih besar bagi kegagalan fungsi ereksi, berbanding mereka yang tidak merokok,” kata laporan yang disiarkan jurnal ‘Urology’.
Bagaimanapun katanya, mekanisme mengenai bagaimana tabiat merokok menyumbang kepada masalah mati pucuk belum dapat dijelaskan sepenuhnya.
“Ia mungkin melemahkan pengaliran darah ke zakar, mengganggu fungsi nitrik oksida yang penting untuk rangsangan atau menyebabkan saluran darah ke jantung menjadi tegang, antara punca yang diketahui sebagai penyebab mati pucuk,” katanya.
Untuk mengenal pasti perkara itu, penyelidik menjalankan kajian terhadap 1,368 lelaki berusia antara 50, 60 dan 70 tahun yang melengkapkan tiga soal selidik setiap lima tahun dari 1994 hingga 2004.
Hasil kajian mendapati lelaki yang menghisap rokok pada 1994 dan menghadapi penyakit pembuluh darah selepas itu mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mati pucukberbanding lelaki yang tidak merokok.
Bagaimanapun penghisap rokok yang tidak menghidap penyakit pembuluh darah tidak menghadapi risiko besar kegagalan ereksi.
Lelaki yang melaporkan mereka mengalami mati pucuk pada 1994 dan juga bekas perokok, menghadapi risiko 50 peratus untuk menghidap penyakit pembuluh darah berbanding mereka tidak merokok dan tidak mati pucuk pada permulaan kajian.
“Kajian mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk yang berpunca daripada penyakit pembuluh darah. Mati pucuk juga boleh dianggap sebagai tanda awal penyakit pembuluh darah,” lapor pengkaji itu. – Reuters
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucukakan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda. 
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.




Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.

Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok. 
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan. 
Berhenti merokok – Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda. 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai. 
Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa

Infoline berhenti merokok
03-8883 4400

No comments:

Post a Comment