Followers

Wednesday 25 April 2012

BALASAN ALLAH S.W.T KEPADA ORANG YANG MENGHINA ISLAM , ALQURAN DAN PERIBADI RASULLULAH S.A.W


Balasan Allah SWT Terhadap Orang Yang Menghina Islam dan Peribadi Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Perjuangan Rasulullah SAW  berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Terutama sekali tentangan dari kafir Quraisy Makkah. Lebih mengharukan apabila Rasulullah SAW  turut dibenci dan dimusuhi bapa saudaranya sendiri Abu Lahab.

Walhal sebelum itu Abu Lahab tidak pernah memarahi atau membenci Nabi SAW.  Bahkan hubungan kekeluargaan sangat erat, perkahwinan dua anak lelakinya Utbah dan Utaibah dengan dua orang puteri baginda iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum.

Tetepi selepas baginda SAW  diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang baginda. Dia juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.

Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah SAW. "Wahai Muhammad! Aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."

Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah SAW. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah SWT. Allah SWT memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Suatu masa , Utaibah mengikut satu kafilah dagang yang hendak pergi berniaga ke negeri Syam (Syria) . Ditengah perjalanan rombongan itu terserempak dengan seekor harimau yang sangat besar.

Sangat menghairankan kerana harimau itu hanya merenung ke arah Utaibah seorang. Ia seperti tidak menghiraukan peserta kafilah yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan Utaibah terselamat daripada di ganggu oleh harimau tersebut.

Tetapi harimau itu tidak lari jauh. Tanpa disedari semua peserta rombongan, rupa-rupanya mereka sedang di ekori. Sampai menjelang tengah malam semasa rombongan berhenti rehat, harimau itu masih memerhatikan mangsanya.

Apabial semua peserta rombongan sudah lena dalam keletihan masing-masing, haiwan pemangsa itu pun menyerang Utaibah dan membahamnya, dia tidak sempat hendak menyelamatkan dirinya di tengah-tengah malam yang gelap gelita.

Demikianlah balasan Allah kepada orang yang derhaka. Utaibah bukan sahaja tidak mahu beriman, bahkan dia turut menghina Rasulullah SAW. Akhirnya Allah SWT pun membalas kejahatan Utaibah didunia ini lagi sebelum membalasnya di akhirat.

Berdasarkan kisah ini pengajaran yang boleh kita dapati adalah seperti berikut :

1. Allah SWT akan membalas dan mendatangkan musibah kepada mereka yang terang-terang menentang Islam atau membenci  sunah Rasulullah SAW. Samaada balasan itu datang semasa di dunia lagi atau dibalas oleh Allah SWT di hari akhirat. Menolak Islam dan menghina sunah sebenarnya adalah mencabar kekuasaan Allah SWT dan menghina Nabi SAW. Ramai umat-umat terdahulu dibinasakan oleh Allah SWT kerana mereka menentang ajaran yang dibawa oleh para Rasul utusan Allah SWT.

2. Allah SWT Maha Berkuasa boleh mendatangkan apa sahaja bala kepada mereka yang menderhaka kepada-Nya samaada berupa haiwan yang ganas, air banjir, ribut taufat dan tsunami , yang mana manusia tidak akan mampu menghalang kemurkaan Allah SWT. Oleh itu perlulah kita insaf dan sedar dan kembali mentaati Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya semoga terselamat daripada azab Allah SWT di dunia ini.

3. Sebagai seorang mukimin yang beriman dan bertakwa kita perlulah bersabar dengan apa sahaja ujian yang di berikan oleh Allah SWT kerana kerana ujian itu terdapat hikmah yang kita tidak ketahui. Dengan ujian dan bala yang menimpa mungkin Allah SWT hendak menghapuskan dosa-dosa kita dan memberikan pahala yang besar kepada kita.

4. Allah SWT amat benci sifat sombong dan takbur yang dimiliki oleh manusia, kerana sifat sombong adalah pakaian Allah SWT dan Dia akan azab sesiapa sahaja yang  cuba meniru sifat ini .
 
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menginsafkan diri kita dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita dapati ada dikalangan umat Islam yang cuba mempertikaikan sunah Rasulullah SAW, menolak hadis sebagai sumber hukum, menentang hukum hudud, menghina ulama (ulama adalah pewaris Nabi), berleluasa perbuatan maksiat dan ramai anak-anak luar nikah. Kita khuatir jika umat Islam yang derhaka tidak kembali kepada ajaran Islam, Allah SWT akan menurunkan bala, dan jika bala turun semua umat Islam akan menanggung azabnya samaada mereka yang beriman atau derhaka.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan Kami musnahkan sampai ke akar-akar orang-orang  yang mendustakan ayat-ayat Kami. Mereka bukanlah orang yang beriman." (Surah al-A'raf ayat 72)


Pada 10 September lepas, Paderi Terry Jones dari the Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat telah merancang suatu program untuk membakar al-Quran sebagai memperingati tragedi 11 September 2001.
Kebanyakan media massa, laman web, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) meluahkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan paderi tersebut.
Memang patut perkara ini menjadi isu besar bagi mana-mana individu yang beragama Islam di seluruh dunia kerana ianya merupakan satu penghinaan terhadap al-Quran.
Tetapi dalam keadaan yang sama, sedarkah kita bahawa kebanyakan individu Muslim juga menghina al-Quran.
Saya lontarkan beberapa persoalan di bawah :
  1. Rumah anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran.
  2. Berapa banyak bilangan mushaf di rumah anda?
  3. Adakah Mushaf anda kelihatan masih seperti keadaan asal?
SOALAN PERTAMA
Jika anda menjawap soalan tersebut dengan jawapan ya. Alhamdulillah, anda mungkin terlepas dari golongan yang BOLEH DIKATAKAN menghina al-Quran.
Mengapa? Adakah salah jika saya menyatakan bahawa individu yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya 1 mushaf al-Quran dirumahnya adalah individu yang menghina al-Quran?
Bukanlah maksud saya menghina di sini adalah seperti apa yang dicadangkan oleh Paderi Terry Jones. Namun, adakah layak anda digelar Muslim jika tidak mempunyai sebarang mushaf al-Quran di rumah?
Paling tidak pun, mushaf yang diberi semasa hantaran perkahwinan (trend zaman moden).
SOALAN KEDUA
Al Quran Cantik 300x225
Soalan ini pula adalah rentetan daripada persoalan pertama. Alhamdulillah, jika anda mempunyai lebih dari 1 mushaf al-Quran di rumah. Maka, sudah pasti anda seorang yang prihatin terhadap al-Quran.
Katakan jika isi rumah anda adalah seramai 3 orang. Setiap seorang mempunyai al-Quran mereka sendiri (tidak termasuk Muqaddam dan buku Iqra’).
Betapa cantik dan indahnya sekiranya setiap isi rumah mempunyai mushaf tersendiri.
Tidakkah anda merasa malu jika hanya berkongsi sebuah mushaf al-Quran dengan isi rumah seramai 13 orang??? Sedangkan setiap isi rumah mempunyai sebuah kereta dan komputer peribadi sendiri???
Kini, ramai yang mempunyai hobi suka mengumpul koleksi mushaf al-Quran. Bagus jika ianya digunakan dan dibaca.
Apa yang mendukacitakan ialah mushaf al-Quran tersebut hanya sekadar koleksi hiasan dan pameran sahaja di rumah. Bukan untuk dibaca…!!
SOALAN KETIGA
Usang
Soalan ini juga mempunyai kaitan terhadap soalan sebelum ini. Bagus dan tahniah diucapkan jika anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran di rumah.
Begitu juga tahniah dan syabas diucapkan kepada golongan yang mempunyai yang mempunyai bilangan mushaf yang banyak di rumahnya.
Namun, persoalan yang lebih penting dan kemuncak kepada ketiga-tiga pertanyaan ini adalah jawapan kepada soalan ketiga ini.
Jika anda menjawab bahawa mushaf yang kepunyaan anda di rumah sudah lusuh dan “kembang” (bukan sebab kembang kerana terkena air hujan). Maka, saya yakin dan percaya, anda pasti membaca sekurang-kurangnya 5 kali sehari mushaf tersebut (dengan andaian sehelai setiap kali selepas solat 5 waktu).
Mushaf al-Quran yang selalu dibaca dan digunakan akan mempunyai tanda dan kesannya. Janganlah anda berlagak mengatakan “saya banyak baca al-Quran” sedangkan mushaf al-Quran yang anda pegang dan gunakan seolah-olah baru sahaja dibeli semalam.
Kadang-kadang, saya merasa sedih dan dukacita melihat mushaf al-Quran yang diwaqafkan di masjid-masjid dan surau-surau kerana ianya tidak mempunyai langsung tanda-tanda digunakan.
Sekiranya individu yang mewaqafkan mushaf tersebut mengetahuinya. Sudah pasti beliau akan mewaqafkan mushaf tersebut ke masjid-masjid dan surau-surau yang lebih memerlukan.
KESIMPULAN
Jangan berbangga dan bermegah-megah dengan mushaf yang banyak di rumah. Boleh jadi, ianya merupakan 1 penghinaan terhadap al-Quran.
Seperti yang saya katakan tadi. Kadang-kadang kita terlebih emosi melihat tindakan kuffar dan golongan yang benci terhadap Islam. Namun dalam keadaan yang sama, kita sendiri tidak sedar bahawa kita menghina al-Quran.

No comments:

Post a Comment