Followers

Friday 6 April 2012

PANGGILAN YANG MENGANGGU TIDUR


PANGGILAN YANG MENGGANGGU TIDUR.

Sedang saya sedap-sedap tidur selepas sembahyang Zuhur tadi, saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari nombor yang tidak saya kenali. Dengan segera saya mencapainya dan  terus menjawab.

hello, siapa ni ?

bukan ke tadi awak yang call saya ?

tapi siapa yang memanggil ini ?

kenapa awak tanya pulak, bukan ke awak yang call saya dulu.

laaa ..  saya tak panggil, tapi mungkin juga isteri saya sebab tadi dia cakap kredit dia dah habis ..

owh .. siapa nama isteri awak ?

Jan. 

Ohhhhhhhh Jaaaaan .. ni makcik Leleh. Maafkan Makcik ya. Makcik nak cepat pergi rumah Puan M ni .. ada latihan berzanji.

Oh macam tu  ... Jan baru pergi. Jumpa dia nanti, Makcik tanyalah dia nak apa.

Baiklah. Maafkan makcik ye.

Tak apa makcik.

Lepas tu mata saya dah tak mahu tidur, maka lahirlah entri ini.

No comments:

Post a Comment