Followers

Monday 9 April 2012

SEKOLAH RENDAH TAHFIZ INTEGRASI AL-IRSHAD




Pusat Pendidikan Al-Irshad wujud semenjak 58 tahun lalu di tahun 1950 menumpang di Bangunan Pengakap (Scout Camp British) Ladang Guthrie Labu untuk kelas mengaji Quran dan Ilmu Fardhu Ain.

Dihadiahkan tanah yang sedia ada oleh pengurus ladang Mr Heading untuk pendidikan agama pada tahun 1958 berikutan bilangan pelajar meningkat hampir 50 orang.

Pada 1960 dua bangunan baru dibina menggantikan pondok dari atap nipah dan buluh melalui inisiatif kerajaan persekutuan dan dikelola oleh Jabatan Ugama Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri dirasmikan oleh Tun Abd Razak Husin sebagai Menteri Pelajaran ketika itu.

Beroperasi sebagai sekolah menengah rendah agama (tingkatan 1-3) memuatkan 60-120 pelajar dengan 5 orang guru termasuk guru besar. Dari tahun 1962 hingga 1998 beroperasi dengan nama Sekolah Menengah Rendah Agama Labu Batu 10.




USTAZAH SHARIFAH NORASHIDA
GURU BESAR SERTAQIA




USTAZ KHAIRUL  NIZAM
GURU SERTAQIA

Program Sekolah Rendah Tahfiz Al-quran Integrasi Al-Irshad  kelolaan Pusat Pendidikan Al-Irshad pada peringkat awal 2011 diwujudkan secara bermusim di musim sekolah dan seterusnya menjadi agenda harian untuk pelajar Sekolah Agama Rakyat sehinggalah menjelang 2012 kerana permintaan orang ramai sebagai pendidikan awal sebelum memasuki pendidikan rendah KBSM.SERTAQIA  berusha menyediakan pelajar yang berumur 6 ke 7 tahun yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agama, bangsa dan Negara samaada pengetahuan ilmu al-quran dan beserta kemahiran teknologi maklumat.




1 comment:

  1. Assalamualaikum .. maaf ganggu ustaz ni saya Muhammad Amir hakim berasal dari kuala Lumpur saya bekas pelajar tahfiz sekolah ustaz ..

    ReplyDelete