Followers

Friday 6 April 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Jodoh itu Rahsia ALLAH :')

Salam Readers! Sangat lama, lama & lama tak update blog kan? Sorry peeps! Kebelakangan ni sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti. Dengan kuliah, dengan tutorial, dengan assignment yang melambak. Ya ampun! Semua datelinenya dekat-dekat. Hari ni pun, baru lepas exam mid-term. So, ada masa terluang sempat nak update entry baru. *SmileS* Walaupun, assignment melambak menanti untuk disempurnakan. 

Petang tadi, sewaktu sesi kelas Penglahiran Bakat Kreatif. Lecturer yang disayangi yang juga seorang penulis hebat, Puan Nisah Haron mengungkapkan kata-kata ini :

"Waktu umur saudari inilah sesuai sangat mendirikan rumah tangga"

"Bayangkan jika saudari semua berkahwin dalam usia 28/29 tahun. Dapat anak sekitar umur 32 tahun. Anak baru tamat tahun 6, saudari dah berumur 44 tahun."

"Secara klinikal waktu usia inilah wanita subur untuk melahirkan zuriat."

"Ya, saya sangat menyokong jika saudara/saudari semua ingin berkahwin muda"

"Tapi, ingat jangn berlebih2 sehingga berhutang semata-mata untuk berkahwin. Jangan ikut nafsu atau kata orang. Ikut kemampuan sendiri."

"Jangan hanya fikirkan persiapan kahwin semata-mata. Fikirkan juga kehidupan selepas berkahwin. Itu yang penting."

Kelas riuh-rendah seketika.Banyak persepsi yang berbeza. Biarlah, itu hak masing-masing bukan? Namun, sejak kebelakangan ini, aku kerap membaca mengenai topik jodoh ini di facebook, twitter dan juga blog. Baru-baru ini, berlangsungnya Konvensyen Bidadari Dunia. Aku petik kata-kata Ustazah Firuz daripada rakan seuniversiti Norashikinyang berkesempatan menghadiri konvensyen tersebut. 

"Kita perempuan ni alergik betul dengan orang hensem. Suka sangat tengok kekacakan fizikal. Jumpa orang hensem mulalah, 'Oppa, Saranghae'. Ramai wanita gelisah sebab prince charming nya tak sampai2. Bukankan jodoh itu telah ditetapkan Tuhan. Kenapa perlu riasau? Nanti tiba masanya, datanglah prince charming kita tu. Mungkin prince charming kita tu datang naik keldai kot sebab tu lambat. Atau mungkin prince charming kita tu tengah cari pintu kita untuk dia ketuk, tak jumpa-jumpa. Percayalah 'kelambatan' tempoh masa untuk si dia datang adalah peluang yang Allah bagi pada kita & dia untuk memperbaiki diri masing-masing. Nanti bila tiba masanya, bila prince charming kita tu dah jumpa pintu kita, bila dia ketuk sambil ucap 'Assalamualaikum'. Kita pun jawablah 'Waalaikumussalam, kenapa lambat sampai?' :) "



Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan? :') *TearS*


"Kalau cinta ALLAH didahulukan, keredhaan ibu bapa didahulukan, insya Allah cinta abadi sesama manusia sentiasa menanti" - Dena Bahrin  

Semua mengimpikan pasangan yang sesempurna mungkin, menerima diri seadanya, yang boleh menjadi peneman mencari kebahagiaan dunia & akhirat.  Orang sering kata, 'pasangan yang baik untuk mereka yang baik.' Jom, readers! Kita sama-sama bergerak untuk menjadi yang terbaik, bukan semata-mata untuk mendapat pasangan yang baik. Tetapi, untuk menjadi hamba Allah yang terbaik supaya nanti Allah kurniakan kita dengan pasangan yang baik.

"Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat memilikinya dengan apa cara sekalipun. Namun, jika Allah sudah takdirkan jika sesuatu itu bukan untuk kita, walau seisi alam ini membantu untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan memilikinya."

Hebat bukan kuasa Allah? Biarlah apa sahaja yang berlaku atau akan berlaku kita serahkan sahaja kepada Allah. Kerana Dia maha mengetahui. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha. Berdoa agar Allah temukan kita dengan si 'dia' yang benar-benar boleh menjaga kita sepertimana parents kita jaga kita. Terima segala kekurangan kita, sanggup susah senang bersama kita, mampu menjadi imam dan memimpin kita menuju jannahNya. :') Jika kita mahu seseorang itu menerima kita seadanya, kita juga perlu menerima si 'dia' dengan seadanya. Terima segala kekurangannya. Jangan berkasih/berteman dengan seseorang kerana kelebihan. Kerana, mungkin hanya kerana satu kelemahan, anda mungkin akan menjauhinya nanti.

Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah.- Asyraf Zabani

Bagi readers yang sudah ketemu dengan bakal pelengkap tulang rusuk, pastikan cinta terhadap si 'dia' tidak melebihi kasih dan sayang kepada Allah dan Rasul. Sentiasa berdoa dan memohon petunjuk agar Allah tetapkan hati & iman bahawa si' dia' itulah pelengkap tulang rusuk sebenar serta berdoa agar Allah kuatkan hati jika pengakhiran sesebuah hubungan itu adalah perpisahan. Terima dengan rela atas segala ketentuan, kerana pertemuan itu jodoh, perpisahan itu takdir.

"Jangan cintai seseorang setinggi langit, kerana langit bisa runtuh. Jangan cintai seseorang sedalam lautan, kerana lautan bisa surut. Jangan cintai seseorang sebesar dunia, kerana dunia bisa hancur. Cintailah seseorang sehujung kuku. Kerana kuku, walaupun kecil biarpun selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh. "

Somoga kita dikurniakan Allah dengan pasangan hidup yang benar-benar layak untuk diri kita & mampu membimbing kita untuk terus menjadi hamba yang sentiasa taat terhadapNya. Semoga bertemu dengan pemegang kunci pendua hati ya! :')

Cintaku kepada tuhan kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya.

Oke, readers! Got to go now! Assignment menanti untuk disempurnakan. On my way, untuk siapkan 1 assignment individu. 2 assignment kumpulan. 1 cerpen, 3 puisi moden & 3 puisi tradisional. Doakan ya, saya sentiasa dikurniakan Allah semangat & kesihatan yang baik sepanjang membereskan kesemua tugasan ini. 

Till then. Salam Sayang untuk kalian :) *HugS*

No comments:

Post a Comment